Wednesday, February 16, 2011

Keberkataan Yang Hilang Dari Kita sebagai Umat Islam..



“Keberkatan… Ramai yang selalu mengucapkan perkataan ini. tetapi sejauh mana kita memahami isu keberkatan ini dalam kehidupan kita? Bagi saya, erti keberkatan masa yang sedang kita bincang ini bermaksud sejauh mana waktu atau masa yang ada itu mempunyai nilai kelebihan dan kebaikan yang optimum sama ada kepada kita atau kepada orang di sekeliling kita.” Saya memulakan perbincangan dalam salah satu aktiviti dalam kumpulan di suatu porgram yang saya ikuti.

Isu kesempitan masa atau kesuntukan waktu yang banyak dialami oleh kebanyakan kita banyak berkait rapat dengan keberkatan waktu itu sendiri. Ketika ramai dari kalangan kita semakin hilang arah tuju kerana masa yang semakin suntuk, kerja yang semakin menimbun yang dirasakan tidak akan selesai, yang semakin lama semakin membuatkan kita kadang-kadang hilang arah tuju dalam kehidupan.